Tuesday, June 25, 2019

Karangan #7 Peranan Sekolah Dalam Usaha Membentuk Akhlak Remaja

 Isi:
1.Pendidikan moral dan agama
2.Kegiatan kokurikulum
3.Guru-guru
4.Peraturan sekolah


  Setiap individu perlu melalui alam persekolahan.Semasa dalam alam persekolahan,di samping menuntut ilmu bagi memenuhi tuntutan duniawi,seseorang juga menjiwai nilai-nilai murni.Sebagai institusi pendidikan,sekolah memainkan peranan prima dalam usaha pembentukan akhlak melalui pelbagai fungsi sekolah.

  Semasa di sekolah,seseorang diwajibkan mengikuti kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran termasuk pendidikan moral dan agama.Melalui mata-mata pelajaran ini,nilai-nilai murni contoh hormat-menghormati,kasih sayang,bersopan santun dan sebagainya disemaikan di dalam sanubari para pelajar.Pendedahan kepada nilai-nilai murni sejak awal-awal lagi bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebung.Proses ini amat penting untuk memastikan akhlak mulia akan diamalkan sepanjang hayat.Secara tidak langsung,bibit-bibit kesedaran tentang pentingnya akhlak mulia akan disemaikan.Guru pendidikan moral dan agama akan mengambil berat terhadap tingkah laku dan tutur kata anak-anak didiknya supaya menjadi insan yang bermoral.Pendidikan moral dan agama berfungsi sebagai pedoman hidup agar mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk seperti kata orang,dapat membezakan intan dengan kaca.Pendidikan moral dan agama juga menegurkaan keimanan supaya seseorang tidak mudah tergoda.

  Setiap pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum seperti persatuan bola keranjang,badan beruniform Pandu Puteri,Persatuan Bahasa Melayu dan sebagainya.Di samping menambahkan ilmu dan pengalaman serta dapat mengisi masa lapang,kegiatan kokurikulum juga memupuk nilai-nilai murni.Sebagai contoh,melalui kegiatan persatuan Bulan Sabit Merah,seseorang pelajar dilatih menjadi lebih prihatin,sabar dan penyayang terutamanya semasa memberikan pertolongan cemas kepada seseorang yang terluka.Kegiatan pengakap pula melatih pelajar melatih sifat bertanggungjawab dan komited terhadap tugas yang diamanahkan agar mereka menjadi pemimpin terlapis yang berkaliber,berwibawa dan berhemah tinggi untuk menelajui pucuk kepemimpinan negara.

  Sebagai pendidik,guru di sekolah juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha pembentukan akhlak remaja.Guru sentiasa memberikan galakan dan pujian agar anak-anak didiknya tabah menghadapi cabaran dan dugaan.Selain itu,mereka sendiri memainkan peranan sebagai rol model contohnya tanggungjawab terhadap tugas dan tidak melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga.Apabila pelajar mengamalkan sikap negatif seperti biadap,dia akan ditegur malah dihukum agar sikap buruknya dibetulkan.Sebaliknya,jika pelajar bersifat baik,dia akan dipuji dan secara tidak langsung usaha ini akan memupuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar.

  Sekolah merupakan organisasi yang mempraktikkan tahap disiplin yang tinggi.Banyak peraturan yang disediakan patut dipatuhi oleh para pelajar.Sebagai kesannya,para pelajar tidak boleh bertingkah laku sesuka hati.Mereka harus bertindak berlunaskan nilai-nilai murni seperti kesopanan.Secara tidak langsung,undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah telah mengawal tingkah laku pelajar dan membentuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar.

  Tuntasnya,sekolah memainkan peranan penting terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.Justeru,semua pihak harus menggembleng usaha dan tenaga untuk membantu pihak sekolah melaksanakan fungsinya agar lahirlah insan modal  yang berkualiti demi kesejahteraan hidup dan pembangunan negara.

Monday, June 24, 2019

Karangan #6 Faedah-Faedah Mepelajari Bahasa Asing

Isi:
1.Menimba ilmu yang banyak
2.Memperoleh kerja malah gaji yang lebih tinggi
3.Meningkatkan taraf hidup kita


  Bahasa asing merujuk kepada semua bahasa yang bukan bahasa ibunda contohnya bagi orang cina,bahasa Jepun merupakan bahasa asing manakala bagi orang Melayu,bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin merupakan bahasa asing.Pada era globalisasi ini,bahasa asing memainkan peranan dominan dalam kehidupan kita.Semua orang digalakkan mempelajari bahasa asing terutamanya para pelajar.Orang yang dapat menguasai bahasa asing akan menikmati pelbagai manfaat.

  Bagi seseorang pelajar,pembelajaran bahasa asing akan membolehkannya menimba ilmu yang banyak.Hal ini demikian kerana banyak bahan bacaan ilmiah diterbitkan dalam bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.Jika kita sudah menguasai bahasa Inggeris,penterjemahan tidak diperlukan.Kita dapat menimba ilmu secara langsung melalui pembacaan bahan-bahan bacaan yang diterbitkan dalam bahasa asing.Membaca jambatan ilmu.Selain itu,jika kita melanjutkan pelajaran di negara asing,bahasa asing tidak akan menjadi batu penghalang untuk menimba ilmu.Maka prestasi kita akan lebih cemerlang.

  Bagi mereka yang berada di dalam pekerjaan,penguasaan bahasa asing tidak boleh dipandang enteng.Pada era siber ini,kita perlu berkomunikasi dengan orang asing yang menggunakan bahasa yang berlainan untuk bertukar-tukar maklumat.Jika kita memahami bahasa asing contohnya bahasa Jepun,kita tidak menghadapi masalah apabila berkomunikasi dengan orang Jepun.Peluang mencapai kejayaan dalam bidang juga dicerahkan.Bagi mereka yang baru sahaja ingin mencabari alam pekerjaan,penguasaan bahasa asing merupakan aset yang membolehkan mereka memperoleh kerja malah gajinya juga lebih tinggi.

  Dalam kehidupan harian,bahasa asing juga memainkan peranan yang penting.Banyak program televisyen yang disiarkan atau filem yang ditayangkan di pawagam diterbitkan dalam bahasa asing. Jika kita sudah menguasai bahasa berkenaan,kita dapat memahami dialog mereka dan menghayati makna atau perasaan pelakon secara mendalam.Hati kita akan terhibur.Apabila kita melancong ke luar negara,sebalik-baliknya kita dapat memahami bahasa negara yang berkenaan.Dengan memahami bahasa asing itu,kita lebih mudah berkomunikasi dan menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk setempat.Kita dapat berbual-bual dan bergaul dalam suasana yang mesra dan harmoni.

  Tuntasnya,penguasaan bahasa asing dapat meningkatkan taraf hidup kita.Justeru,kita digalakkan mempelajari bahasa asing sejak kecil-kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebung.Kita juga digalakkan agar menggunakan bahasa asing jika keperluan supaya alah bisa tegal biasa dan jangan kita beranggapan bahawa mempelajari bahasa asing sebagai perkara yang susah kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Karangan #5 Cara-Cara Untuk Mengisi Masa Cuti Sekolah

Isi:
1.Meningkatkan keilmuan dan perkembangan intelek
2.Melakukan kegiatan rekreasi
3.Berhubung dan bergaul dengan saudara mara atau rakan-rakan


  Masa cuti sekolah ialah waktu para pelajar tidak bersekolah. Lazimnya,masa cuti sekolah digunakan oleh para pelajar untuk melakukan kegiatan yang diminati dan dirancangkan.Ada pelajar yang membazirkan masa cuti sekolah dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,berjudi,beromong kosong dan sebagainya.Amalan ini patut dicegah.Sepatutnya masa cuti sekolah harus dimanfaatkan dengan melakukan kegiatan yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat.

  Masa cuti sekolah boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan keilmuan dan perkembangan intelek melalui amalan membaca.Kata orang tua-tua membaca jambatan ilmu.Dengan mengamalkan budaya membaca,kita dapat memperoleh pengetahuan tambahan,terutamanya dengan membaca bahan bacaan ilmiah seperti majalah tentang sains dan teknologi serta kebudayaan.Pada era siber ini,kita juga boleh melayari internet untuk memperoleh maklumat terkini tentang pelbagai perkara supaya tidak menjadi katak di bawah tempurung.Selain itu,pada masa cuti sekolah,kita boleh mengadakan lawatan ke kebun atau ke kilang.Melalui kegiatan ini,kita akan mendapat pengetahuan dan pengalaman baharu tentang pertanian proses,pengeluaran sesuatu produk dan sebagainya.Ilmu dan pengalaman yang kita peroleh dapat dijadikan persediaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang,bak kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan.

  Pada masa cuti sekolah,kita boleh melakukan kegiatan rekreasi.Pada hari biasa kita dibebani pelajaran dan kerja rumah.Justeru,kita kekurangan kegiatan rekreasi.Masa cuti sekolah mewujudkan peluang kepada kita untuk melakukan kegiatan rekreasi seperti perkelahan.Kita boleh mengajak ahli keluarga untuk berkelah di pantai atau di tepi tasik yang berpemandangan menarik.Di sana,kita dapat bermesra dan bergurau dalam suasana gembira sambil menikmati keindahan alam semula jadi.Kita juga boleh mengajak rakan untuk menjalani kegiatan sukan dan permainan.Kita akan berseronok terutamanya apabila kita menang dalam kegiatan sukan atau permainan.Di samping itu,kita boleh mempraktikkan hobi contohnya berkebun dan berbunga.Kita akan berasa gembira dan berpuas hati ketika melihat hasil kita.Kegiatan rekreasi mengurangkan tekanan jiwa,stres selain menghiburkan hati yang penting demi kesihatan.

  Pada hari-hari biasa,kita sibuk dengan pelbagai tugasan dan rutin.Kita kekurangan masa untuk berhubung dan begaul dengan saudara mara atau rakan-rakan.Justeru,masa cuti sekolah dijadikan kesempatan untuk berhubung dan bergaul dengan mereka contohnya mengadakan kunjungan ke rumah datuk nenek dan pak cik yang tinggal berjauhan dengan rumah kita.Kunjungan mewujudkan peluang kepada kita untuk berbual dan bermesra dengan saudara-mara.Dalam pada itu,kita boleh mengadakan pelbagai aktiviti contohnya makan dan minum bersama sambil berbual dengan mereka dan bekerjasama mejayakan perkelahan dan perkhemahan untuk membantu mempererat hubungan.Di samping itu,kita boleh mengajak rakan makan dan minum di warung atau di restoran makanan segera sambil bergurau senda.Kegiatan ini akan mempererat hubungan antara satu sama lain.

  Masa itu emas.Lantaran itu,masa cuti sekolah harus dimanfaatkan untuk melakukan kegiatan yang dapat membantu perkembangan jasmani,mental dan emosi demi kesejahteraan serta kebahagiaan hidup.

Saturday, June 22, 2019

Karangan #4 Ucapan Sempena Sambutan Hari Guru (Peranan Guru)

Soalan:Sebagai wakil pelajar, anda akan menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.



 Isi:
1.Pendidik untuk melahirkan generasi baru
2.Pembentuk akhlak yang mulia
3.Penghubung antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat
4.Lilin yang membakar diri sendiri 


  Selamat pagi,saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangaan Yong Peng,Encik Shahlah bin Sakio, guru-guru yang dihormati dan rakan-rakan yang dikasihi. Saya berbesar hati kerana dipilih sebagai wakil pelajar untuk menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang syahdu ini.

Para hadirin yang dihormati,

  Tarikh 16 Mei ini memang merupakan suatu hari yang keramat dan sangat bermakna bagi semua guru di negara kita kerana hari ini diisytiharkan sebagai hari guru untuk mengenang dan menghargai jasa bakti guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Rakan-rakan yang dikasihi,

  Selama ini guru memainkan peranan tradisional iaitu sebagai pendidik untuk melahirkan generasi baru yang berpengetahuan,berkemahiran dan berketerampilan. Para guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didiknya tanpa mengenal erti jemu dan letih.Mereka berusaha memberikan penerangan yang jelas semasa menyampaikan pelajaran. Jika timbulnya kekeliruan,mereka sanggup mengeluarkan masa yang boleh dimanfaatkan untuk bermesra dengan ahli keluarga bagi mengadakan kelas tambahan supaya anak-anak didiknya memperoleh kecemerlangan akademik maka masa depannya lebih terjamin dan momentum pembangunan negara dipacu.

Para hadirin yang dihormati

  Di samping sebagai pendidik yang menyampaikan ilmu, guru juga memainkan peranan sebagai pembentuk akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar dengan memberikan tunjuk ajar dan mempertontonkan keperibadian mulia sebagai teladan kepada pelajar. Usaha mereka berjaya melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani mental dan emosi. Dengan adanya sumbang guru,lahirnya pemimpin pelapis yang berhemah tinggi dan wujudlah masyarakat yang sejahtera serta harmoni.

Rakan-rakan yang dikasihi,

  Guru juga berfungsi sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Sebagai anggota wajib (PIBG), mereka sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa dan memberikan sumbangan terhadap projek-projek pembangunan sekolah. Sebagai contoh,mereka membantu mengutip derma dan menjayakan hari kantin. Tanpa komitmen dan pengorbanan guru, pihak sekolah sukar mencapai kejayaan dalam kegiatan-kegiatan ini.

Rakan-rakan yang dikasihi,

  Guru boleh disifatkan sebagai lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Mereka telah banyak membuat pengorbanan demi kepentingan para pelajar dan pihak sekolah. Namun,sayang seribu sayang,ada pelajar yang tergamak melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan guru yang dihormati. Kini, tugas sebagai guru semakin mencabar dengan kian berleluasanya gejala sosial seperti ponteng sekolah,merokok,buli dan penagihan dadah.Guru tidak bersikap tidak menjaga tepi kain orang lain. Dengan sikap genggam bara api biar sampai jadi arang,mereka bekerjasama dengan ibu bapa untuk membendung gejala-gejala sosial ini.Di sini saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru yang kami sayangi.

Guru-guru yang dihormati,

  Saya mewakili para pelajar menyusuri jari dan minta maaf atas segala-gala kesalahan yang kami lakukan.Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan doa agar guru-guru yang dihormati selamat menyambut hari guru dan melayari kehidupan.Saya juga berharap agar guru-guru terus memberikan sumbangan dan komitmen terhadap pembangunan masyarakat dan negara.Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.


Kakak sedang tunduk termenung,
mukanya merah menanggung malu.
Jasa bakti guru menggunung,
harus kita kenangi selalu.

Sekian,terima kasih.

Friday, June 21, 2019

Karangan #3 Rencana:Pengaruh Ikan Tidak Boleh Dipandang Enteng

Isi:
1.Cara Pemakaian Masyarakat
2.Makanan Tradisional Dipinggirkan
3.Budaya Warisan Bangsa Kian Dilupakan
4.Gemar Membeli Barang-Barang Berjenama

 Pengaruh Iklan Tidak Boleh Dipandang Enteng
oleh: Benjamin Ho Kai Keith
  Iklan merupakan pengumuman di media massa atau poster yang diadakan untuk memaklumkan orang ramai tentang sesuatu. Pengiklanan merupakan strategi pemasaran yang tidak sunyi dalam dunia perniagaan dan digunakan untuk melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebanyakan orang hanya merungut kerana keseronokan menonton televisyen terganggu semasa ikan disiarkan. Realitinya, gaya hidup masyarakat kini telah terpengaruh oleh iklan.

  Iklan mendatangkan impak yang mendalam terhadap cara pemakaian masyarakat kita. Model-model yang cantik atau tampan memperagakan fesyen pakaian yang baharu dan mengikut trend di dalam iklan. Banyak orang yang tertarik dan mengikut cara pemakaian mereka. Selain itu, orang ramai juga mengikut model dalam iklan yang banyak memakai barang perhiasan seperti gelang, anting-anting, cermin mata gelap dan sebagainya. Malah masyarakat kita tertarik dan memakai pakaian yang menjolok mata dan bercanggah dengan kesopanan dan tatasusila masyarakat ketimuran.

  Setiap hari, banyak iklan tentang makanan dan minuman terpapar di media massa terutamanya di kaca televisyen contohnya makanan segera seperti ayam goreng dan burger. Masyarakat kita terutamanya kanak-kanak tertarik dan sering mengunjungi restoran makanan segera. Mereka kian meminggirkan makanan tradisional. Di samping itu, masyarakat kita juga tertarik dengan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan banyak makan makanan ringan.

  Pada kesuluruhannya, masyarakat kita kian terpengaruh oleh iklan yang bercirikan budaya asing lalu mengamalkan budaya asing terutamanya kebudayaan barat. Generasi muda kian melupakan budaya warisan bangsa yang diwarisi turun-temurun. Bak kata peribahasa, kacang melupakan kulit, contohnya semakin banyak keluarga menyediakan sarapan seperti orang barat. Muda-mudi yang setahun jagung pula terbawa-bawa oleh tingkah laku anak-anak muda negara barat seperti melepak dan menari-nari di tempat awam. Dalam konteks yang lain, masyarakat kita juga terpengaruh dan cenderung menyambut perayaan Barat seperti Hari Kekasih dan Haloween walaupun tidak berkaitan dengan dirinya.

  Masyarakat kita terpengaruh oleh iklan dan gemar membeli-beli barang-barang berjenama terkenal yang iklannya sering dipaparkan di media massa didakwah barang-barang ini bermutu tinggi dan meningkatkan status sosial. Masyarakat kita terutamanya kaum wanita sanggup mengikut perut untuk membeli barang-barang berjenama seperti beg LV atau Bornea yang mahal harganya. Masyarakat kita kian kehilangan nilai jati diri dan taksub kepada kebendaan.

  Kesimpulannya, walaupun pengiklanan membantu memperluas pasaran dan mempercergas aktiviti ekonomi negara. Namun, pengaruh ikan tidak boleh dipandang enteng. Terpulanglah kepada pihak yang berkuasa untuk mengenakan kawalan dan peraturan yang tertentu terhadap iklan-iklan yang membokbrokan minda. Masyarakat kita sehingga menghakis identiti kebangsaan yang lama diperjuangkan. Kita seharusnya mempertahankan nilai jati diri dan tidak mudah terpengaruh oleh iklan agar lahirlah bangsa yang unggul dan terbilang. Adakah anda semua sedar akan perkara ini? Tepuk dada tanya selera.

  

Thursday, June 20, 2019

Karangan #2 Kepentingan Hutan

Isi:
1. Sumber Bahan-Bahan Mentah
2. Ekosistem
3. Kawasan Tadahan Air
4. Rekreasi




  Hutan merupakan tempat yang ditumbuhi pelbagai flora contohnya pokok, buluh, rotan, cendawan, fungus dan sebagainya dan dihuni pelbagai fauna seperti harimau, kera, ular, tupai, jengking kala, longgok dan lain-lain lagi. Hutan di negara kita terbahagi kepada hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan sebagainya. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa kawasan hutan berhubungan rapat dengan kehidupan kita.

  Kawasan hutan merupakan sumber bahan-bahan mentah seperti, kaya buluh dan rotan. Pokok yang banyak terdapat di hutan diproses menjadi kayu dan papan atau papan lapis yang banyak dimanfaatkan dalam sektor pembinaan dan perkilangan iaitu kayu dan papan digunakan membuat pintu atau tiang manakala kayu yang bercorak cantik seperti kayu meranti dimanfaatkan untuk membuat perabot. Rotan dan buluh dari hutan digunakan untuk membuat alat perkakas atau perabot. Cendawan dan pelbagai fungus merupakan makanan berkhasiat. Begitu juga daging binatang liar. Di dalam hutan juga terdapat herba dapat dimanfaatkan merawat penyakit kronik.

  Tumbuh-tumbuhan hijau di dalam hutan menyerap karbon dioksida manakala membebaskan oksigen segar ke atmosfera melalui proses fotosintesis. Fenomena ini mengurangkan masalah pencemaran udara. Melalui proses transpirasi pula suhu alam sekitar direndahkan. Maka kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih sejuk dan menyelesakan. Dalam pada itu, kadar kelembapan atau humiditi juga dikekalkan.

  Hutan juga merupakan kawasan tadahan air. Pokok-pokok besar di dalam hutan melambatkan kejatuhan air hutan ke tanah. Seterusnya, tumbuh-tumbuhan dan akar memperlahankan aliran air hujan ke kawasan rendah atau sungai. Secara tidak langsung, hutan menyimpan air yang banyak di dalam hutan. Air yang tersimpan di hutan akan mengalir perlahan-lahan dan secara berkekalan ke dalam sungai. Senario ini membolehkan kita memperoleh bekalan air yang berkekalan walaupun ada musim kemarau. Dari perspektif yang lain, kawasan hutan juga mencegah banjir kilat yang banyak mendatangkan kerosakan dan kerugian.

  Di dalam hutan, banyak terdapat tempat yang berpemandangan menarik contohnya air terjun, jerum, tasik, gunung-ganang dan sebagainya. Banyak kegiatan rekreasi dapat dijalankan di hutan contohnya mengembara, mendaki gunung, berkelah, berkhemah dan lain-lain lagi. Dengan menyaksikan pemandangan semula jadi yang cantik sambil menikmati irama semula jadi yang merdu, stres atau tekanan jiwa dialami kerana kerja rutin atau tugas harian dapat dikurangkan. Tegasnya kawasan hutan dapat menenteramkan jiwa dan menghiburkan hati.

  Kesimpulannya, hutan merupakan kurniaan Tuhan yang tidak terniali. Justeru, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan harus dipergiat supaya kebaikan kita peroleh daripada hutan dapat berkekalan. Jangan terhantuk baru tergadah.

Wednesday, June 19, 2019

Karangan #1 Semangat Kejiranan

Soalan: Semangat kejiranan kian luntur dalam kalangan masyarakat kita. Huraikan punca-punca fenomena ini dan langkah-langkah untuk memperkasa semangat kejiranan.


Isi:
1.Kurang Memberikan Penekanan Terhadap Didikan Moral Dan Agama (Punca)
2.Perbezaan Profesion (Punca)
3.Peranan Ibu Bapa (Langkah)
4.Mempergiat Kegiatan Kemasyarakatan (Langkah)


  Pada zaman dahulu, hubungan antara jiran amat rapat bagai aur dengan tebing manakala kini sifat individualistik bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing semakin menebar terutamanya dalam kalangan warga kota. Kebanyakan warga kota tidak tahu-menahu tentang hal jiran. Jangankan bergaul mesra malah bertegur sapa pun tidak. Senario ini mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, punca-punca fenomena ini perlu dikenal pasti dan langkah-langkah ekfektif perlu diambil untuk menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

  Masyarakat kini kurang memberikan penekanan terhadap didikan moral dan agama. Dalam keghairahan mengejar duniawi, nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertolak ansur, prihatin dan tolong-menolong kian dikesampingkan. Sejak kecil-kecil lagi, seseorang individu tidak diberi bimbingan agar lebih prihatin dan menyayangi orang lain. Sebagai kesannya, generasi muda tidak ingin dan tidak berasa perlunya membantu orang lain termasuk jiran malah sesetengah kanak-kanak dilarang bergaul dengan jiran disebabkan perbezaan status sosial. Ibu bapa sendiri juga tidak memperlihatkan rol model yang sewajarnya. Mereka tidak kisah bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Jika ibu bapa sendiri tidak bergaul dengan jiran, apatah lagi anak-anaknya?

  Masa berlalu, zaman berubah. Masyarakat dahulu didominasikan oleh masyarakat pertanian yang melakukan kerja yang sama dan mereka berstatus sama, iaitu semuanya petani. Maka, tidak wujudnya sifat hina-menghina. Kini, warga kota memiliki profesion yang berlainan contohnya sebagai guru, peguam, peniaga, jurutera dan sebagainya. Ada antara mereka bekerja pada waktu berlainan kerana mengikut syif. Justeru, mereka jalan-jalan bertemu. Walaupun mereka berpeluang bertemu, mereka kekurangan isu yang dapat dijadikan pokok perbualan untuk mempererat hubungan. Sebagai kesannya, mereka selalu berasa prasangka dan syak wasangka. Perasaan antara mereka ini tidak dapat dihapuskan.

  Untuk memupuk semangat kejiranan, usaha perlu dimulakan sejak kecil-kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebung. Ibu bapa perlulah sentiasa membawa anak berkunjung ke rumah jiran dan membiarkan anak berkawan dengan anak jiran supaya naluri berkawan dapat disuburkan. Anak yang hidup dalam keadaan dan suasana yang demikian tidak akan menjadi kera sumbang. Ibu bapa harus menggalakkan anak agar mengajak anak-anak jiran bermain bersama-sama. Jangan sekali-kali melarang anak berkawan dengan jiran.

  Untuk merapatkan hubungan antara jiran, kegiatan kemasyarakatan seperti gotong-royong perlu dipergiat. Kegiatan gotong-royong mewujudkan peluang bagi orang yang berlainan sosial, agama dan bangsa untuk berkenalan dan bergaul mesra. Melalui kegiatan kemasyarakatan ini, orang dapat bertukar-tukar pendapat dan memupuk persefahaman. Selain itu, kegiatan seperti rumah terbuka juga memainkan peranan yang vital untuk menyuburkan semangat kejiranan. Hal ini demikan kerana rumah terbuka membolehkan jiran tetangga berkongsi kegembiraan dan seterusnya dapat mempererat hubungan.

  Kesimpulannya, semangat kejiranan memainkan peranan dominan untuk menjaga kesejahteraan dan keharmonian sesuatu komuniti. Justeru, semangat kejiranan perlu dijadikan budaya hidup lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat kita yang terdiri daripada berbilang kaum.
  

Karangan #7 Peranan Sekolah Dalam Usaha Membentuk Akhlak Remaja

  Isi: 1.Pendidikan moral dan agama 2.Kegiatan kokurikulum 3.Guru-guru 4.Peraturan sekolah   Setiap individu perlu melalui alam perse...