1.Cara Pemakaian Masyarakat
2.Makanan Tradisional Dipinggirkan
3.Budaya Warisan Bangsa Kian Dilupakan
4.Gemar Membeli Barang-Barang Berjenama
Pengaruh Iklan Tidak Boleh Dipandang Enteng
oleh: Benjamin Ho Kai Keith
Iklan merupakan pengumuman di media massa atau poster yang diadakan untuk memaklumkan orang ramai tentang sesuatu. Pengiklanan merupakan strategi pemasaran yang tidak sunyi dalam dunia perniagaan dan digunakan untuk melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan. Kebanyakan orang hanya merungut kerana keseronokan menonton televisyen terganggu semasa ikan disiarkan. Realitinya, gaya hidup masyarakat kini telah terpengaruh oleh iklan.Iklan mendatangkan impak yang mendalam terhadap cara pemakaian masyarakat kita. Model-model yang cantik atau tampan memperagakan fesyen pakaian yang baharu dan mengikut trend di dalam iklan. Banyak orang yang tertarik dan mengikut cara pemakaian mereka. Selain itu, orang ramai juga mengikut model dalam iklan yang banyak memakai barang perhiasan seperti gelang, anting-anting, cermin mata gelap dan sebagainya. Malah masyarakat kita tertarik dan memakai pakaian yang menjolok mata dan bercanggah dengan kesopanan dan tatasusila masyarakat ketimuran.
Setiap hari, banyak iklan tentang makanan dan minuman terpapar di media massa terutamanya di kaca televisyen contohnya makanan segera seperti ayam goreng dan burger. Masyarakat kita terutamanya kanak-kanak tertarik dan sering mengunjungi restoran makanan segera. Mereka kian meminggirkan makanan tradisional. Di samping itu, masyarakat kita juga tertarik dengan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan banyak makan makanan ringan.
Pada kesuluruhannya, masyarakat kita kian terpengaruh oleh iklan yang bercirikan budaya asing lalu mengamalkan budaya asing terutamanya kebudayaan barat. Generasi muda kian melupakan budaya warisan bangsa yang diwarisi turun-temurun. Bak kata peribahasa, kacang melupakan kulit, contohnya semakin banyak keluarga menyediakan sarapan seperti orang barat. Muda-mudi yang setahun jagung pula terbawa-bawa oleh tingkah laku anak-anak muda negara barat seperti melepak dan menari-nari di tempat awam. Dalam konteks yang lain, masyarakat kita juga terpengaruh dan cenderung menyambut perayaan Barat seperti Hari Kekasih dan Haloween walaupun tidak berkaitan dengan dirinya.
Masyarakat kita terpengaruh oleh iklan dan gemar membeli-beli barang-barang berjenama terkenal yang iklannya sering dipaparkan di media massa didakwah barang-barang ini bermutu tinggi dan meningkatkan status sosial. Masyarakat kita terutamanya kaum wanita sanggup mengikut perut untuk membeli barang-barang berjenama seperti beg LV atau Bornea yang mahal harganya. Masyarakat kita kian kehilangan nilai jati diri dan taksub kepada kebendaan.
Kesimpulannya, walaupun pengiklanan membantu memperluas pasaran dan mempercergas aktiviti ekonomi negara. Namun, pengaruh ikan tidak boleh dipandang enteng. Terpulanglah kepada pihak yang berkuasa untuk mengenakan kawalan dan peraturan yang tertentu terhadap iklan-iklan yang membokbrokan minda. Masyarakat kita sehingga menghakis identiti kebangsaan yang lama diperjuangkan. Kita seharusnya mempertahankan nilai jati diri dan tidak mudah terpengaruh oleh iklan agar lahirlah bangsa yang unggul dan terbilang. Adakah anda semua sedar akan perkara ini? Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment