Isi:
1.Menimba ilmu yang banyak
2.Memperoleh kerja malah gaji yang lebih tinggi
3.Meningkatkan taraf hidup kita
Bahasa asing merujuk kepada semua bahasa yang bukan bahasa ibunda contohnya bagi orang cina,bahasa Jepun merupakan bahasa asing manakala bagi orang Melayu,bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin merupakan bahasa asing.Pada era globalisasi ini,bahasa asing memainkan peranan dominan dalam kehidupan kita.Semua orang digalakkan mempelajari bahasa asing terutamanya para pelajar.Orang yang dapat menguasai bahasa asing akan menikmati pelbagai manfaat.
Bagi seseorang pelajar,pembelajaran bahasa asing akan membolehkannya menimba ilmu yang banyak.Hal ini demikian kerana banyak bahan bacaan ilmiah diterbitkan dalam bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.Jika kita sudah menguasai bahasa Inggeris,penterjemahan tidak diperlukan.Kita dapat menimba ilmu secara langsung melalui pembacaan bahan-bahan bacaan yang diterbitkan dalam bahasa asing.Membaca jambatan ilmu.Selain itu,jika kita melanjutkan pelajaran di negara asing,bahasa asing tidak akan menjadi batu penghalang untuk menimba ilmu.Maka prestasi kita akan lebih cemerlang.
Bagi mereka yang berada di dalam pekerjaan,penguasaan bahasa asing tidak boleh dipandang enteng.Pada era siber ini,kita perlu berkomunikasi dengan orang asing yang menggunakan bahasa yang berlainan untuk bertukar-tukar maklumat.Jika kita memahami bahasa asing contohnya bahasa Jepun,kita tidak menghadapi masalah apabila berkomunikasi dengan orang Jepun.Peluang mencapai kejayaan dalam bidang juga dicerahkan.Bagi mereka yang baru sahaja ingin mencabari alam pekerjaan,penguasaan bahasa asing merupakan aset yang membolehkan mereka memperoleh kerja malah gajinya juga lebih tinggi.
Dalam kehidupan harian,bahasa asing juga memainkan peranan yang penting.Banyak program televisyen yang disiarkan atau filem yang ditayangkan di pawagam diterbitkan dalam bahasa asing. Jika kita sudah menguasai bahasa berkenaan,kita dapat memahami dialog mereka dan menghayati makna atau perasaan pelakon secara mendalam.Hati kita akan terhibur.Apabila kita melancong ke luar negara,sebalik-baliknya kita dapat memahami bahasa negara yang berkenaan.Dengan memahami bahasa asing itu,kita lebih mudah berkomunikasi dan menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk setempat.Kita dapat berbual-bual dan bergaul dalam suasana yang mesra dan harmoni.
Tuntasnya,penguasaan bahasa asing dapat meningkatkan taraf hidup kita.Justeru,kita digalakkan mempelajari bahasa asing sejak kecil-kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebung.Kita juga digalakkan agar menggunakan bahasa asing jika keperluan supaya alah bisa tegal biasa dan jangan kita beranggapan bahawa mempelajari bahasa asing sebagai perkara yang susah kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Karangan #7 Peranan Sekolah Dalam Usaha Membentuk Akhlak Remaja
Isi: 1.Pendidikan moral dan agama 2.Kegiatan kokurikulum 3.Guru-guru 4.Peraturan sekolah Setiap individu perlu melalui alam perse...
-
Isi: 1. Sumber Bahan-Bahan Mentah 2. Ekosistem 3. Kawasan Tadahan Air 4. Rekreasi Hutan merupakan tempat yang ditumbuhi pel...
-
Soalan: Semangat kejiranan kian luntur dalam kalangan masyarakat kita. Huraikan punca-punca fenomena ini dan langkah-langkah untuk memperka...
-
Isi: 1.Menimba ilmu yang banyak 2.Memperoleh kerja malah gaji yang lebih tinggi 3.Meningkatkan taraf hidup kita Bahasa asing merujuk...
No comments:
Post a Comment