Isi:
1.Pendidikan moral dan agama
2.Kegiatan kokurikulum
3.Guru-guru
4.Peraturan sekolah
Setiap individu perlu melalui alam persekolahan.Semasa dalam alam persekolahan,di samping menuntut ilmu bagi memenuhi tuntutan duniawi,seseorang juga menjiwai nilai-nilai murni.Sebagai institusi pendidikan,sekolah memainkan peranan prima dalam usaha pembentukan akhlak melalui pelbagai fungsi sekolah.
Semasa di sekolah,seseorang diwajibkan mengikuti kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran termasuk pendidikan moral dan agama.Melalui mata-mata pelajaran ini,nilai-nilai murni contoh hormat-menghormati,kasih sayang,bersopan santun dan sebagainya disemaikan di dalam sanubari para pelajar.Pendedahan kepada nilai-nilai murni sejak awal-awal lagi bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebung.Proses ini amat penting untuk memastikan akhlak mulia akan diamalkan sepanjang hayat.Secara tidak langsung,bibit-bibit kesedaran tentang pentingnya akhlak mulia akan disemaikan.Guru pendidikan moral dan agama akan mengambil berat terhadap tingkah laku dan tutur kata anak-anak didiknya supaya menjadi insan yang bermoral.Pendidikan moral dan agama berfungsi sebagai pedoman hidup agar mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk seperti kata orang,dapat membezakan intan dengan kaca.Pendidikan moral dan agama juga menegurkaan keimanan supaya seseorang tidak mudah tergoda.
Setiap pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum seperti persatuan bola keranjang,badan beruniform Pandu Puteri,Persatuan Bahasa Melayu dan sebagainya.Di samping menambahkan ilmu dan pengalaman serta dapat mengisi masa lapang,kegiatan kokurikulum juga memupuk nilai-nilai murni.Sebagai contoh,melalui kegiatan persatuan Bulan Sabit Merah,seseorang pelajar dilatih menjadi lebih prihatin,sabar dan penyayang terutamanya semasa memberikan pertolongan cemas kepada seseorang yang terluka.Kegiatan pengakap pula melatih pelajar melatih sifat bertanggungjawab dan komited terhadap tugas yang diamanahkan agar mereka menjadi pemimpin terlapis yang berkaliber,berwibawa dan berhemah tinggi untuk menelajui pucuk kepemimpinan negara.
Sebagai pendidik,guru di sekolah juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha pembentukan akhlak remaja.Guru sentiasa memberikan galakan dan pujian agar anak-anak didiknya tabah menghadapi cabaran dan dugaan.Selain itu,mereka sendiri memainkan peranan sebagai rol model contohnya tanggungjawab terhadap tugas dan tidak melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga.Apabila pelajar mengamalkan sikap negatif seperti biadap,dia akan ditegur malah dihukum agar sikap buruknya dibetulkan.Sebaliknya,jika pelajar bersifat baik,dia akan dipuji dan secara tidak langsung usaha ini akan memupuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar.
Sekolah merupakan organisasi yang mempraktikkan tahap disiplin yang tinggi.Banyak peraturan yang disediakan patut dipatuhi oleh para pelajar.Sebagai kesannya,para pelajar tidak boleh bertingkah laku sesuka hati.Mereka harus bertindak berlunaskan nilai-nilai murni seperti kesopanan.Secara tidak langsung,undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah telah mengawal tingkah laku pelajar dan membentuk akhlak mulia dalam kalangan pelajar.
Tuntasnya,sekolah memainkan peranan penting terhadap pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.Justeru,semua pihak harus menggembleng usaha dan tenaga untuk membantu pihak sekolah melaksanakan fungsinya agar lahirlah insan modal yang berkualiti demi kesejahteraan hidup dan pembangunan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Karangan #7 Peranan Sekolah Dalam Usaha Membentuk Akhlak Remaja
Isi: 1.Pendidikan moral dan agama 2.Kegiatan kokurikulum 3.Guru-guru 4.Peraturan sekolah Setiap individu perlu melalui alam perse...
-
Isi: 1. Sumber Bahan-Bahan Mentah 2. Ekosistem 3. Kawasan Tadahan Air 4. Rekreasi Hutan merupakan tempat yang ditumbuhi pel...
-
Soalan: Semangat kejiranan kian luntur dalam kalangan masyarakat kita. Huraikan punca-punca fenomena ini dan langkah-langkah untuk memperka...
-
Isi: 1.Menimba ilmu yang banyak 2.Memperoleh kerja malah gaji yang lebih tinggi 3.Meningkatkan taraf hidup kita Bahasa asing merujuk...
No comments:
Post a Comment